Mohd Mokhtar Dilantik Pengarah Narkotik Bukit Aman

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 11:10 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik oleh DCP Datuk Haris Wong Abdullah (kanan) kepada CP Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kiri) pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah/ Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit (JSJN) Aman yang baharu pada Selasa.

Bekas Ketua Polis Johor itu mengambil alih kedudukan berkenaan daripada Datuk Haris Wong Abdullah yang sebelum ini bertindak sebagai pemangku jawatan tersebut.

Majlis penyerahan tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan