Kemenangan PRK Rompin Penting Untuk Bersih Maruah Parti - Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

Kemenangan PRK Rompin Penting Untuk Bersih Maruah Parti - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 7:12 PM

Hishammuddin, Shahrizat dan Hassan semasa pelancaran jentera pilihan raya kecil Wanita Umno Bahagian Rompin, Selasa.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin amat penting bagi membersihkan maruah parti itu yang terjejas akibat dikritik segelintir pihak sejak akhir-akhir ini.

"Kita dilempar dengan pelbagai tohmahan. Ada pihak memperlekehkan parti dan cuba untuk menidakkan kejayaan kita.

"PRK ini amat penting kepada kita kerana ia melibatkan maruah kita. Jadi saya tak nak puan-puan tidur sehingga undi terakhir dibuang... boleh tak?," katanya sambil disambut tepukan gemuruh Wanita Umno Bahagian Rompin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran jentera Wanita Barisan Nasional (BN) PRK Parlimen Rompin di Dewan Besar Dara, Muadzam Shah di sini Selasa.

Jelas Hishammuddin, walaupun Umno diuji dengan pelbagai tohmahan, setiap pemimpin dan ahli parti itu harus berusaha untuk terus membuktikan kepada dunia bahawa Umno akan mempertahankan kejayaan di Rompin.

"Saya anggap ini (PRK) sebagai satu ujian kerana saya rapat dengan JJ ( Tan Sri Jamaluddin Jarjis). Jadi saya berharap  calon kita, Datuk Hasan (Ariffin) akan menang dengan majoriti lebih besar," katanya.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibram, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin dan Adun Muadzam Shah Datuk Maznah Mazlan.

Sementara itu, Shahrizat berkata, seramai 1,817 anggota jentera jalinan kasih wanita Umno Rompin digerakkan untuk membantu kempen calon Barisan Nasional (BN).

"Jangan anggap PRK Rompin ini mudah. Ia penting untuk kita sampaikan mesej dengan jelas bahawa apa sahaja teguran tidak akan menjejaskan parti. Malah ini dapat kita jadikan  sebagai iktibar," katanya.

Shahrizat berkata, beliau bersyukur kerana berdasarkan maklum balas penerimaan pengundi di Rompin terhadap calon BN adalah memuaskan.

"Alhamdulillah tidak sukar untuk kita bawa calon kerana penerimaan amat baik. Tapi kita tak boleh ambil mudah... kalau nak menang tentera (jentera) kena kemas. Kunci kepada kejayaan ini adalah wanita akan jadi tulang belakang parti," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan