KSN Dilantik Sebagai Pengerusi PR1MA - Pejabat PM

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 9:26 PM

Ali Hamsa. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

Ali Hamsa

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, pembangunan dan perjalanan PR1MA tidak asing bagi Ali kerana beliau merupakan seorang daripada anggota Perbadanan PR1MA sejak 2012 dan begitu arif mengenai perihal semasa PR1MA.

"Selaku pengerusi PR1MA, Ali akan terus menjalankan mandat yang diberikan untuk merealisasikan aspirasi pemilikan rumah dalam kalangan golongan berpendapatan pertengahan," demikian menurut kenyataan itu.

Ali menggantikan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, 4 April lalu.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shukry Mohd Salleh pula dilantik sebagai Anggota Perbadanan PR1MA yang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Mutalib Alias berkata pihaknya menyambut baik kedua-dua pelantikan itu dan akan terus melaksanakan mandat untuk membantu rakyat berpendapatan pertengahan memiliki rumah sendiri.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Ali Hamsa , PR1MA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan