Ikut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Bila Hukum Tiada Nas Jelas - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 11:17 PM

Jamil Khir Baharom

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berpegang kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berhubung hukum yang tidak mempunyai nas yang jelas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setiap keputusan yang dibuat pada peringkat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merupakan pendirian dan pegangan kerajaan.

"Kita memamahi di luar sana banyak suara-suara bagi pandangan. Ambil contoh mudah pasal GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) ramai bagi pandangan tentang hukum.

"Tetapi hukum muktamad yang dipegang dalam keadaan tidak ada nas pasti (atau) jelas maka ia berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (Kebangsaan) dilantik kerajaan," katanyaBeliau berkata demikian semasa sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Negara di sini, Selasa.

Semalam, sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan CBP adalah harus selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Abd Shukor Husin berkata pelaksanaan sistem cukai baharu itu bagaimanapun perlu berpandukan kepada enam parameter syarak yang digariskan jawatankuasa berkenaan.

Usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong itu kemudian diluluskan.

Persidangan dewan bersambung esok. -- Bernama 


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan