Isu Salib: Hormati Amalan Beragama, Patuhi Undang-Undang - Najib

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 7:52 PM

Najib Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat mestilah mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalan beragama seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Beliau berkata, Kabinet telah membincangkan mengenai bantahan  sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya baru-baru ini.

"Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan di Taman Medan. Jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata Kabinet berpendapat bahawa mereka sepatutnya berbincang dengan pihak yang berkenaan jika mempunyai sebarang bantahan dan tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

"Akta Hasutan bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan ia melindungi semua agama dan kaum," katanya.

Menurut Najib, kerajaan negeri Selangor berkuasa ke atas status rumah kedai terbabit sama ada ia telah didaftar sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi dipetik sebagai berkata, peserta demontrasi itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada unsur jenayah berhubung isu menurunkan simbol salib di sebuah gereja di Taman Medan itu.

"Salib itu diturunkan atas permintaan masyarakat dan telah dipersetujui pastor (gereja itu) dan tiada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib berkenaan, " katanya.

Khalid turut menegaskan pihak polis tidak akan bersifat berat sebelah dalam menguatkuasa undang-undang sekiranya terdapat sebarang perkara yang melanggar undang-undang.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: salib , Taman Medan , Kabinet , Najib Razak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan