Gereja Taman Medan Tidak Berlesen - MBPJ

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 11:58 AM

Tanda salib diturunkan dari bangunan unit kedai yang beroperasi sebagai tempat beribadat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendedahkan gereja di Taman Jaya yang mendapat bantahan penduduk setempat terhadap tanda salib itu tidak berlesen kerana tiada permohonan bertulis dibuat untuk beroperasi sebagai tempat beribadat.

Turut didedahkan ialah gereja yang terletak di Metro Square PJS2B/3 itu tidak mempunyai permit untuk menggantung simbol salib di bangunan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata, berdasarkan pemeriksaan data pelesenan mendedahkan bahawa unit kedai yang digunakan sebagai gereja itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai tempat beribadat.

Ahad lalu, sekumpulan 50 penduduk berhimpun di luar gereja bagi membantah terhadap tanda salib pada bangunan itu, dengan mendakwa ia mencabar Islam.

Kumpulan itu mendesak gereja berkenaan supaya menurunkan tanda salib. Ia kemudiannya diturunkan pada kira-kira pukul 2 petang hari yang sama.

Zainun berkata, gereja itu boleh membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan lesen.

"Unit kedai yang diubah menjadi tempat beribadat atau pusat meditasi mesti mengikut Akta 133 Seksyen 70(12) dan satu permohonan bertulis dengan menjelaskan aktivitinya perlu dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan. Perkara ini perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan mereka yang menggunakan bangunan itu," katanya.

Beliau menambah, semua tempat beribadat yang mahu memaparkan logo atau simbol pada bangunan perlu mendapatkan permit MBPJ.

"Sama ada lambang teratai, tombak bercabang tiga mahupun salib, permit majlis perbandaran diperlukan," kata Zainun.

Pegawai MBPJ membuat lawatan ke unit kedai itu pada Isnin untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil gereja namun ia tidak berpenghuni ketika itu. 

Tags / Kata Kunci: gereja , MBPJ

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan