APF Harap Sidang Kemuncak Asean 2015 Tangani Cadangan CSO

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 6:50 PM

Mohammad Abdullah, 52, memeriksa bendera Forum Rakyat ASEAN (APF) 2015 sewaktu membuat persiapan terakhir hari ini sempena sidang APF yang dijadualkan bermula esok hingga 25 April di Wisma MCA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Forum Rakyat Asean (APF) berharap Sidang Kemuncak Asean ke-26 akan menangani kebimbangan serta syor yang mereka suarakan melalui Kenyataan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

Pengerusi bersama APF 2015 Jerald Joseph berkata kenyataan itu, yang dikemukakan kepada Menteri-menteri Luar Asean pada Januari, antara lain, menekankan tentang isu mendesak di rantau ini seperti hak asasi manusia, tenaga kerja dan demokrasi.

"Kenyataan kami menjurus kepada "Asean Berpaksikan Rakyat". Bagaimana hendak menjadikan kerajaan lebih responsif, bagaimana hendak menjadikan dasar lebih inklusif dan bagaimana hendak menyediakan rangka kerja hak asasi manusia di rantau kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada media tentang program akhir pertubuhan itu bagi APF 2015 yang akan berlangsung di Wisma MCA dari Rabu hingga Jumaat ini.

Program mengandungi bengkel, dialog dan pameran itu akan disertai para wakil daripada pelbagai CSO dan kerajaan negara anggota Asean.

Joseph berkata, kenyataan itu mengandungi prinsip dan syor APF tentang pelbagai perkara.

"Kami berharap kerajaan tidak hanya menerima kenyatan kami, tetapi melaksanakan beberpa syor kami. Maklumkan kepada kami. Kami sangat mengharapkan kerajaan (Asean) akan berbincang dengan kami," katanya.

Kenyataan berkenaan, yang tersiar dalam laman sesawang APF, aseanpeople.org, menonjolkan empat keutamaan serantau iaitu Keadilan Pembangunan; Proses Demokrasi, Tadbir Urus dan Hak Asasi serta Kebebasan; Keamanan dan Keselamatan; serta Diskriminasi dan Ketaksamaan.

Inisiatif mengenai penubuhan APF, juga dikenali sebagai Persidangan Masyarakat Sivil Asean (ACSC), yang bermula di Malaysia 10 tahun lepas, kini menarik beribu-ribu peserta masyarakat sivil, yang memberi tumpuan terhadap isu berbeza di rantau ini.

"Bagaimanapun, tahun ini adalah kali pertama kenyataan ini dikeluarkan lebih awal daripada Sidang Kemuncak Asean, dengan harapan, kami akan mendapat beberapa respons daripada Pengerusi tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, dijangka menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam alu-aluan APF 2015 pada Rabu.

Tokoh utama lain yang diangka menyertai APF 2015 termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar daripada Humaniti Malaysia dan Timbalan Setiausaha Agung Asean, Dr AKP Mochtan.

Maklumat lanjut tentang APF 2015 boleh didapati melalui facebook.com/ASEANPeoplesForum atau twitter.com/AseanPF.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Forum Rakyat Asean , CSO , Jerald Joseph

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan