Syarikat Keselamatan Bertanggungjawab Insiden Amuk

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 10:55 PM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Syarikat kawalan keselamatan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden pengawal keselamatan menikam mati dan menyerang pegawai bank di Johor dan insiden pengawal keselamatan diserang di Klang baru-baru ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata mulai 2014 Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan syarikat kawalan keselamatan untuk menghantar pengawal keselamatan mereka menghadiri program latihan di pusat latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah inisiatif Lautan Biru Kebangsaan.

"Melalui program latihan ini, semua pengawal keselamatan akan menjalani saringan ujian psikologi dan diberikan latihan asas oleh pihak polis berhubung tugas seorang pengawal keselamatan.

"Itu tanggungjawab mereka (menghantar pengawal keselamatan berkursus). Arahan telah dikeluarkan. Seharusnya mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian-kejadian yang sedemikian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Alumni Emotional Spiritual Quotient (ESQ) KDN di sini, Isnin.

Dalam kejadian 3.30 petang Jumaat lepas, seorang pegawai bank, Ho Chin Tau, 33, maut ditikam manakala rakan sekerja wanita berumur 54 tahun cedera dilibas oleh seorang pengawal keselamatan yang mengamuk secara tiba-tiba.

Dalam kejadian di Bandar Bukit Raja, Klang pada Sabtu pula, seorang pengawal keselamatan maut manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok pengawal di sebuah taman perumahan diserang dan dibakar.

Merujuk kepada insiden di Klang, Ahmad Zahid berkata Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterism (STAGG) diarah bertindak serta merta bagi memerangi kumpulan gangster yang dipercayai terbabit dalam insiden serangan tersebut.

Katanya KDN memandang serius kedua-dua insiden itu dan akan bertindak memanggil majikan syarikat kawalan keselamatan tersebut untuk memberi keterangan tentang pengurusan kawalan keselamatan dan perjalanan operasi syarikat tersebut.

"Sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Para Enam, Pekeliling Agensi Persendirian bilangan Empat 2010, lesen syarikat kawalan keselamatan adalah dilarang sama sekali untuk diproksi, dipajak atau disewakan kepada mana-mana individu lain, organisasi dan pertubuhan haram.

"Sekiranya terdapat pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau peraturan yang telah ditetapkan, maka KDN tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sehingga boleh membatalkan lesen kesemua syarikat tersebut," katanya.

Tahun lepas lima peratus syarikat keselamatan yang terbabit dengan ganster dan kongsi gelap sudah dibatalkan lesen, katanya.

Tags / Kata Kunci: Zahid Hamidi , Pengawal Keselamatan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan