Pendaki Hilang: Pasukan Mencari Sedia Ke Lokasi Baharu

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 11:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat pendaki Malaysia yang hilang Dennis Lee Thian Poh di Barat Nepal kini bersiap sedia untuk bergerak ke lokasi baharu berhampiran.

Kaunselor/Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata, ini berikutan tidak adanya petunjuk jelas sehingga ini di lokasi mencari sekarang.

Dalam kenyataan, beliau berkata usaha itu dijalankan semula hari ini melibatkan 21 orang termasuk polis Nepal, agensi trekking dan penduduk kampung di kawasan sekitar.

Pada 5 April, Lee, 47, menyertai lapan rakan dari Filipina untuk mendaki sirkit Annapurna di Nepal.

Kumpulan itu hanya menyedari ketiadaan beliau di Trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani - pada hari pertama pendakian.

Beliau akhir sekali dilihat di kawasan antara Khopra-Bayeli, pada altitud kira-kira 3,500 hingga 3,800 meter.

Tags / Kata Kunci: Dennis Lee

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan