PRK Rompin: PAS Calonkan Ketua Pemuda Pahang

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 11:36 PM

Nazri Ahmad.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

ROMPIN: Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad dinamakan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 5 Mei ini.

Pengumuman itu dibuat Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada ceramah pengisytiharan calon PAS di Pusat Perniagaan Bandar Satelit Muadzam Shah di sini, Isnin malam.

Salahuddin berkata, Nazri menjadi pilihan PAS kerana beliau adalah calon terbaik yang dilihat mampu memikul beban dan perjuangan rakyat di dalam mahupun luar Parlimen.

"Di saat rakyat hadapi penderitaan hidup maka kita tampilkan calon terbaik (Nazri) yang mampu memberi isyarat kepada Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat bukan untuk ditindas dan dizalimi," kata Salahuddin.

Terdahulu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menegaskan Nazri memiliki ciri-ciri calon terbaik untuk rakyat kerana telah melepasi lima peringkat tapisan di dalam parti.

"Dalam PAS (calon) kena lulus lima peringkat iaitu cawangan, kawasan, negeri, PAS Pusat dan Majlis Syura.

"Kita tengok juga akhlak calon tersebut, amalan, isteri dan keluarganya. Jadi calon ini telah dipersetujui Majlis Syura," katanya.

Nazri yang berasal dari Felda Keratong 5 di sini, memiliki Ijazah Sarjana Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin pernah menjadi guru Al-Quran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah.

Turut hadir Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi dan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang Nizam Abdul Hamid.

PRK Rompin ditetapkan pada 5 Mei manakala hari penamaan calon, Rabu ini.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4  April lalu.

Nahas itu turut mengorbankan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.

Tags / Kata Kunci: Nazri Ahmad , PRK Rompin , PAS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan