Garis Panduan Konsert Jakim Dapat Bantahan

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 8:43 AM

Para peminat sedang beratur untuk membeli tikat bagi menyaksikan konsert Robbie Williams pada September depan. Garis panduan Jakim supaya penonton lelaki dan perempuan tidak boleh bercampur gaul ketika menghadiri konsert tidak disenangi banyak pihak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya penonton lelaki dan perempuan tidak boleh bercampur gaul ketika menghadiri konsert mendapat bantahan di kalangan penganjur, penghibur dan badan bukan kerajaan (NGO).

Mereka menyifatkan garis panduan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar yang akan menjejaskan kehidupan masyarakat.

Menurut Jakim, langkah itu berikutan selepas baru-baru ini acara hiburan yang melibatkan orang Islam menarik kritikan banyak pihak sejak klip video yang menunjukkan artis K-pop lelaki memeluk dan mencium peminat Melayu perempuan di atas pentas tersebar di Internet.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, kejadian itu "memalukan Malaysia dan masyarakat Islam".

Pada 2 April lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjur konsert terbabit disenaraihitam.

Mengenai langkah terbaharu itu, seorang penganjur yang merupakan pengasas Sounscape, Mak Wai Hoo berkata, garis panduan tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

"Anda tidak boleh mengikut semua garis panduan ini untuk semua acara. Sebagai seorang penganjur saya melihat banyak masalah, bukan sahaja kepada pengurusan tempat duduk malah juga tiket," katanya.

Tambahnya, apa yang telah berlaku sudah menjejaskan reputasi Malaysia, dan garis panduan itu hanya mengeruhkan lagi keadaan.

Pengarah projek Galaxy Group, Bonor Seen berkata, garis panduan itu tidak boleh diterima pakai di negara berbilang agama.

"Dengan banyak persembahan seni dan acara kebudayaan (yang bakal dipertunjukkan) sempena dengan tahun festival Malaysia 2015, garis panduan ini bertentangan dengan sasaran kerajaan.

"Apakah objektif untuk mengadakan pengasingan? Apakah yang mereka cuba sampaikan dengan mengenakan peraturan seperti itu?" katanya.

Ia turut disokong oleh pengarah eksekutif Sisters in islam, Ratna Osman, yang bertanyakan adakah ahli keluarga juga akan diasingkan di sesebuah konsert.

"Peraturan ini bukan sekadar memberi kesan kepada orang Islam, tetapi juga yang bukan Islam," katanya.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, dengan penguatkuasaan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan, garis panduan itu akan memberi kesan kepada bilangan pengunjung konsert.

Seorang penghibur, Datuk Irwan Shah Abdullah yang lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata, langkah itu merupakan peralihan daripada inisiatif kesederhanaan yang diamalkan Malaysia.

"Jika anda menetapkan syarat-syarat seperti itu di sesebuah konsert, kita akan beralih daripada nilai-nilai ini," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Jakim telah melampaui daripada bidang kuasanya dengan mengeluarkan panduan itu.

"Menghormati hak yang diberikan kepada rakyat adalah di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya sambil mengingatkan Jakim bahawa jabatan itu telah melampaui batas dengan mencampur-adukkan dengan hal ehwal bukan Islam.

"Kita mesti tahu hak kita dan perjuangkannya," kata Dr Wee yang menyeru semua pihak menegakkan kebebasan asasi.

Sementara itu, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Jakim sepatutnya mengadakan forum dengan pihak berkepentingan.

"Lebih banyak tafsiran liberal perlu ditonjolkan kerana garis panduan ini tidak kena pada tempatnya. Perlu ada jalan untuk menyelesaikannya," katanya.

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, garis panduan Jakim itu seringkali dilihat sebagai "seperti satu peraturan" yang memberi kesan buruk kepada perniagaan terutama yang berkaitan dengan hiburan.

"Bila negara mempunyai beratus-ratus masalah yang sebenar, kenapa Jakim membuat peraturan yang tidak perlu? Ia tidak memberi perbezaan kerana kita terdedah kepada TV, YouTube... anda tidak boleh menghentikannya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jakim , garis panduan konsert

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan