Pemilihan PAS: Mat Sabu Ketinggalan

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus mengungguli pencalonan dengan meninggalkan Mohamad Sabu jauh kebelakang bagi saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun depan.

Berdasarkan rekod tidak rasmi membabitkan 116 daripada 191 kawasan PAS di seluruh negara yang selesai menjalankan mesyuarat agung tahunan masing-masing, Tuan Ibrahim yang kini menyandang jawatan Naib Presiden memperoleh 78 pencalonan.

Sementara itu, penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hanya memperoleh sembilan pencalonan.

Selain itu, trend pemilihan PAS kali ini juga menunjukkan kumpulan pro-ulama terus mendominasi pencalonan apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut meninggalkan calon lain bagi jawatan Presiden PAS.

Hadi memperoleh 80 pencalonan berbanding penama lain iaitu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang yang masing-masing hanya memperoleh kurang daripada 10 pencalonan daripada kawasan.

Husam mendapat lapan pencalonan, sementara Ahmad memperoleh hanya tiga pencalonan setakat ini.

Bagi jawatan Naib Presiden, Idris Ahmad berada di depan dengan 64 pencalonan, Salahuddin Ayub (40) dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (36).

Lain-lain pencalonan ialah Datuk Mahfuz Omar (34), Nasrudin Hassan (33), Datuk Iskandar Samad (20), Datuk Husam Musa (10), Tuan Ibrahim (6) dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (3).

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan