Majlis Fatwa Beri Tempoh Setahun Untuk GST Patuhi Hukum Syarak

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 6:41 PM

Abd Shukor Husin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat, tempoh masa secukupnya wajar diberikan dalam pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga ia mematuhi hukum syarak yang ditetapkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin, terlalu awal untuk membuat sebarang tafsiran berhubung sistem percukaian yang mula dikuatkuasa pada 1 April lalu itu.

"Kita perlu beri masa sekurang-kurangnya setahun untuk melihat sama ada pelaksanaan GST ini mengikut hukum syarak atau tidak.

"Terlalu awal untuk kami membuat penilaian pada masa ini kerana cukai tersebut baru sahaja dilaksanakan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa majlis itu di sini, Isnin.

Sehubungan itu, kata Abd Shukor, majlis berkenaan menggariskan enam parameter syarak yang perlu dirujuk dalam pelaksanaan GST.

"Ia meliputi komitmen kerajaan dalam melaksanakan syariat Islam, sumber kewangan, cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat, bebanan cukai dikutip secara adil, cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah dan bukan untuk maksiat serta agihan cukai perlu bertepatan dengan ijithad ulama semasa dan setempat," katanya.

Abd Shukor juga menerangkan ulama memberikan pendapat yang berbeza semasa perbincangan yang dibuat mengenai pelaksanaan cukai itu, sama ada haram atau harus.

"Setelah perbincangan tersebut, ulama sebulat suara menyatakan pelaksanaan GST harus dilaksanakan tetapi dengan berpandukan enam syarak yang ditetapkan," kata Abd. Shukor lagi.

Beliau menambah, pertimbangan hukum yang dibuat itu tidak memihak kepada mana-mana parti politik, malahan keputusan dibuat selepas mengambil kira laporan intensif yang disediakan penyelidik di kalangan pakar syariah dan ekonomi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan