Kempen Kali Ini Lebih Kotor - Jawatankuasa Pemilihan PAS

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:53 PM

ASMUNI

Asmuni Awi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat mengakui kempen bagi pemilihan kali ini lebih kotor apabila wujud unsur serangan peribadi yang keterlaluan berbanding sebelum ini, walaupun peraturan rasmi dirangka mulai tahun ini supaya mematuhi etika dan larangan sepanjang proses itu.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, pihaknya mendapati sejak kebelakangan ini banyak risalah yang dikeluarkan bersifat serangan peribadi bagi menjatuhkan calon-calon tertentu, disebarkan di media sosial.

“Macam-macam (cara) tetapi lebih kepada serangan peribadi seperti (calon) tak layan bertanding, parasitlah, untuk ulamalah, rosak akidah, liberal dan ortodoks.

“(Kempen) sebelum ini tak nampak pun. Kalau ada pun kecil-kecil sahaja, tetapi sekarang ini hebat sangatlah, saya pun tak tahu kenapa berlaku macam ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu berkata, pemilihan Pas pada Jun ini bersih tanpa dicemari dengan sebarang kempen kotor.

Asmuni berkata, Peraturan Pemilihan PAS 2014 dikeluarkan parti untuk digunapakai bagi pemilihan di peringkat kawasan dan negeri berbanding tahun-tahun sebelum ini yang tidak mempunyai peraturan secara rasmi.

"Peraturan ini menetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi menghormati kempen atau promosi calon-calon dalam mengadakan pemilihan.

“Kita tidak benarkan perbuatan yang melanggar etika seperti melabel atau memberi gelaran kepada individu dan mengeluarkan poster untuk menjatuhkan maruah calon.

“Sebelum ini sudah ada peraturan cuma kita keluarkannya pada tahun ini sebagai rujukan rasmi berhubung pemilihan,” katanya sambil menambah beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada serangan itu dilakukan oleh anggota parti atau pihak lain.

Ditanya mengenai aduan berkaitan, beliau mengakui banyak yang diterima dan jawatankuasa diminta untuk menyiasat perkara tersebut.

Dalam pada itu, Asmuni turut menyuarakan kebimbangannya mengenai taktik kotor kempen ini hanya akan menyebabkan pelbagai tindakan saman fitnah.

“Ia akan menimbulkan pelbagai saman fitnah, dikemukakan oleh mereka yang terjejas reputasinya kerana kempen fitnah ini terhadap penulis atau penyebar.

“Imej parti akan terjejas kerana kita (PAS) ini adalah parti Islam dan etika Islam itu masih ada. Ini lebih kepada reputasi,” katanya.

Dilaporkan, antara risalah yang disebarkan baru-baru ini adalah mengenai bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa gagal mempertahankan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak disebabkan sekeping risalah yang memburuk-burukkan beliau.

Risalah itu menyatakan sebab-sebab Nizar tidak boleh dipilih untuk memegang jawatan itu.

Tags / Kata Kunci: Asmuni Awi , PAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan