Hudud Tidak Relevan Di Permatang Pauh - Rafizi

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 7:06 PM

Perang poster dan bendera parti politik mula mewarnai PRK Permatang Pauh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang menjadi punca keretakan gabungan pakatan pembangkang tidak relevan di Permatang Pauh, demikian menurut Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan memberi fokus kepada dua isu utama yang memberi kesan kepada pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh khususnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Ada banyak isu...tapi berdasarkan culaan kami, dua isu yang paling top dan relevan adalah GST dan drama antara (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad).

"Dua isu ini adalah hasil kajian kami setakat ini," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Selain itu beliau turut menolak pandangan bahawa hudud akan menjadi isu penting sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan bermula Sabtu ini.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh mengumumkan pendirian untuk memboikot kempen Pakatan Rakyat di kerusi berkenaan sekiranya parti sekutu mereka enggan menarik balik kenyataan yang menolak hudud.

Sementara itu ditanya mengenai keyakinan PKR untuk mengekalkan kemenangan di kerusi yang menjadi kubu kuat mereka, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata: "Permatang Pauh adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

"Namun isu yang paling penting ialah jumlah majoriti yang bakal diperolehi. Kita tak boleh leka."

Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli , Hudud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan