Kerajaan Perkasa TVET Menerusi RMK-11

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 5:46 PM

Mohamad Zabidi Zainal menyampaikan sijil dan plak anugerah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UTHM 2014, Pembantu Hal Ehwal Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Abdul Aziz Ahmad, di Dewan Sultan Ibrahim UTHM pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Kerajaan akan mempergiat usaha memperkasa bidang Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bagi menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap bidang itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata langkah itu membolehkan kerjaya berasaskan kelayakan TVET menjadi pilihan utama masyarakat seiring kerjaya berasaskan kelayakanak ademik.

"Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu dari 2011 hingga 2015, pelbagai usaha dijalankan untuk mengarus perdana dan memperluas akses kepada TVET.

"Memandangkan masih wujud persepsi negatif masyarakat dalam bidang ini, maka usaha dilakukan untuk memperkasa TVET di bawah RMK-11 bagi tempoh 2016 hingga 2020," katanya.

Mohamad Zabidi berkata demikian ketika berucap pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2014, Ahad.

Turut hadir Naib Canselor UTHM Prof Dr Mohd Noh Dalimin.

Seramai 167 warga universiti berkenaan menerima anugerah itu.

Mohamad Zabidi berkata tenaga kerja mahir Malaysia masih rendah iaitu hanya 28 peratus berbanding negara lain seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan.

Sehubungan itu, katanya kerajaan sangat komited untuk memastikan tenaga mahir dipertingkat supaya mencapai sasaran 50 peratus menjelang 2020.

Tags / Kata Kunci: TVET , RMK-11

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan