Tun M: Saya Tak Akan Kerjasama Dengan Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 2:09 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan bekerjasama dengan pembangkang walaupun beliau melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sejak kebelakangan ini.

"Tidak, saya tak bekerjasama dengan sesiapa untuk menjatuhkan Najib, pastinya bukan pembangkang.

"Masalahnya adalah di dalam Umno sendiri," kata bekas perdana menteri itu kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, Najib perlu memahami sentimen rakyat dan adalah lebih baik bagi beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Kita harus ingat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13. Prestasi Najib adalah lebih buruk berbanding Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)," katanya.

Tambahnya, Najib tidak mendapat sokongan walaupun sejumlah rakyat menyatakan sokongan mereka.

"Percayalah saya, beliau tidak mendapat sokongan yang beliau perlukan," kata Dr Mahathir.

Pada Sabtu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau sedia mengetepikan masalah lalu dan bekerjasama dengan Dr Mahathir sekiranya itu yang diperlukan untuk menyelamatkan negara.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan