Pemaju Perumahan Digesa Bertanggungjawab, Elak Projek Terbengkalai

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menggesa agar pemaju perumahan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen serta  berhati-hati menyiapkan sesuatu projek perumahan.

Beliau berkata ia adalah penting untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses pembinaan serta dapat memastikan projek itu dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

"Saya sekali lagi ingin menekankan kepada pemaju perumahan agar bertanggungjawab menyiapkan projek mereka, bagi memastikan projek itu tidak terbengkalai, yang akan merugikan banyak pihak," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Taman Khazanah Indah, Jalan Tungku, dekat sini, Ahad.

Hajiji berkata penyediaan perumahan berkualiti dan mampu dimiliki segenap lapisan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah merupakan sebahagian daripada agenda sosial kerajaan bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat di Sabah.

"Sehubungan itu, saya berharap kemudahan perumahan yang disediakan  benar-benar mampu memberi keselesaan hidup kepada golongan sasar, sekali gus membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan selamat," katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Hajiji berkata perumahan Taman Khazanah Indah itu dapat direalisasikan dengan usahasama kementeriannya dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd.

"Projek perumahan ini merupakan projek perumahan terbengkalai yang mana dibangunkan sejak 2007 oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan melantik sebuah syarikat sebagai kontraktor.

"Malangnya kerja pembinaan rumah berkenaan berhadapan pelbagai kesulitan sehingga kerja-kerja pembinaan diberhentikan pada 2009," katanya.

Hajiji berkata disebabkan masalah itu pihaknya telah mengkaji untuk memulihkan projek berkenaan bagi menjamin hak dan kepentingan pembeli yang telah membuat komitmen dengan pihak bank.

"Atas inisiatif dan kerjasama dengan Khazanah Jaya Sdn Bhd kerja pembinaan semula dimulakan pada 2012 dan 282 unit rumah telah siap dibina pada Mac tahun ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Perumahan , Projek Terbengkalai

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan