Sesi Baharu PLKN Terap Pengajaran Bidang Kemahiran - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 7:29 PM

Hishamuddin Tun Hussein bersama ahli alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Hari Terbuka Tranformasi PLKN pada Ahad. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal mengikuti modul kemahiran teknikal dan vokasional sebagai persiapan memasuki pasaran kerja, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata penambahan yang tercetus melalui Makmal Transformasi PLKN yang berakhir 27 Mac itu merupakan nilai tambah kepada modul asas seperti patriotisme dan perpaduan yang akan melibatkan kerjasama syarikat swasta.

"Penambahan elemen kemahiran teknikal dan vokasional kepada tranformasi PLKNtelah dibentangkan kepada Kabinet minggu lepas dan saya telah minta supaya ia diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11.

"Cara bagaimana syarikat-syarikat swasta akan dilibatkan dalam transformasiini akan kita putuskan segera dalam waktu terdekat," katanya dalam sidang media selepas meninjau Hari Terbuka Transformasi PLKN di sini, Ahad.

Hishammuddin berkata dengan penglibatan syarikat swasta, sijil yang diperoleh akan menjadi lebih bernilai manakala pihak swasta tidak dengan mudah menolak permohonan kerja bekas pelatih yang pernah mendapat latihan sepertimana yang diperlukan syarikat berkenaan di PLKN.

Hishammuddin juga yakin sesi baharu PLKN boleh bermula awal tahun depan selepas pihaknya membentangkan laporan makmal dan input hari terbuka kepada jemaah menteri apabila proses mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berakhir minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas mengumumkan bahawa PLKN yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

Najib, dalam Perutusan Khas Perkembangan Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara pada Januari lepas pula mengumumkan penangguhan PLKN tahun ini untuk membolehkan penjimatan RM400 juta selain membolehkan program itu dikaji semula dengan penambahbaikan. 

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata kerajaan tetap berharap baki pelajar atau rakyat Malaysia yang berada di Yaman dapat pulang segera ketanah air kerana secara realiti, keadaan di kawasan bergolak itu amat membimbangkan.

Beliau berkata walaupun kerajaan tidak berhak untuk memaksa mereka pulang kerana pemergian dibuat secara persendirian, pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan pesawat Hercules C130 milik Angkatan Tentera Malaysia di Djibouti jika pelajar berkenaan ingin kembali ke Malaysia.

"Walaupun mungkin beranggapan kawasan pengajian mereka di Hadramaut, Hudoidah dan Sana'a tidak segetir di Aden tetapi keadaan boleh berubah pada bila-bila masa," katanya dan menganggarkan terdapat kurang daripada 150 pelajar lagi berada di ketiga-tiga wilayah tersebut.

Menurut Wisma Putra sejumlah 496 pelajar Malaysia termasuk dari Aden telah dipindahkan dari beberapa wilayah di Yaman seperti Sana'a, Hodaidah dan Hadramaut sejak 7 April lepas berikutan perang saudara yang semakin meruncing di negara itu.

Tags / Kata Kunci: PLKN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan