PRK Rompin: Pertikai Usia Calon Tak Jejas Peluang Menang

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Usia calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Rompin yang dipertikaikan sesetengah pihak termasuk pembangkang tidak akan mengganggu kempen untuk mengekalkan kerusi itu dengan majoriti besar, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pengalaman, ketokohan dan penerimaan rakyat terhadap bekas timbalan menteri besar Pahang, Datuk Hasan Arifin yang diumumkan sebagai calon BN dengan sendirinya menjadi elemen terkuat menangkis kritikan terhadap pilihan yang dibuat.

"Selain faktor umur apa lagi yang mereka boleh cakap...kami pilih calon berpengalaman dan pernah berkhidmat serta diterima rakyat di Rompin.

"Keputusan telah dibuat dan tugas kami seterusnya ialah untuk pastikan Datuk Hasan menang dengan majoriti lebih besar," katanya pada sidang media selepas meninjau Hari Terbuka Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini, Ahad.

Selepas diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, pemilihan Hasan, 62, yang pernah menjadi timbalan menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999 mula dikritik atas faktor usia selain tuduhan pemilihannya melanggar hasrat meremajakan UMNO seperti yang dihasratkan parti itu sebelum ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata paling penting UMNO dan BN menurunkan seorang calon yang paling popular dan diterima pengundi serta masyarakat di Rompin.

"Persoalan diterima atau tidak kita tunggulah sehingga selesai pengundian pada 5 Mei ini," katanya yang akan turun 'berkampung' di Rompin mulai Selasa ini.

Pilihan raya kecil Rompin yang dijadualkan pada 5 Mei perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis pada 4 April lepas dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin yang juga bekas duta besar Malaysia di Amerika Syarikat mengekalkan kerusi itu dengan menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan