MH370: Pasukan Penyiasatan Antarabangsa Tingkat Keselamatan Perjalanan Udara

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 6:31 PM

Abdul Aziz Kaprawi

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac tahun lepas, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan standard keselamatan industri penerbangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata walaupun pasukan itu sedang melakukan penyiasatan terhadap kehilangan pesawat itu, namun objektifnya tetap sama iaitu untuk mencegah berulangnya kejadian nahas.

"Aktiviti ini bukan bertujuan mencari kesalahan atau liabilti berhubung nahas itu," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika dihubungi Bernama selepas Mesyuarat Tiga Pihak melibatkan Malaysia, Australia dan China untuk mengkaji semula usaha mencari pesawat Boeing yang hilang itu.

Mesyuarat itu diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

Abdul Aziz berkata: "Berdasarkan maklumat fakta yang dikumpul pasukan penyiasat, kami dapat menggubal pelan strategi untuk meningkatkan tahap keselamatan perjalanan udara, dan sekali gus memulihkan keyakinan orang ramai bahawa perjalanan udara adalah kaedah pengangkutan paling selamat."

Katanya kaedah pengangkutan lain tidak dibuat penelitian, disiasat dan dipantau seketat penerbangan komersial.

Pasukan penyiasat antarabangsa 19 anggota itu diketuai Malaysia dan diterajui oleh Datuk Kok Soo Chon.   

Kok adalah bekas ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan bekas wakil tetap Malaysia dalam Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal.   

Pasukan itu mengandungi tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Operasi, Jawatankuasa Layak Terbang dan Jawatankausa Faktor Perubatan/Kemanusiaan, yang masing-masing diketuai seorang pengerusi.

Turut menganggotai pasukan itu ialah wakil daripada tujuh pertubuhan kemalangan udara dan penyiasatan kejadian antarabangsa.

Pertubuhan berkenaan ialah Biro Keselematan Pengangkutan Australia; Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (UK); Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Singapura; Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité del'Aviation civile of France; Pentadbiran Penerbangan Awam China; Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat; dan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia.   

Pasukan itu juga disertai Boeing, sebagai wakil bertauliah dari Amerika Syarikat, serta Rolls Royce dan Inmarsat, sebagai wakil bertauliah dari UK.

Abdul Aziz, yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal, berkata: "Sejurus selepas kehilangan Penerbangan MH370 MAS, sebuah pesawat Boeing 777-200ER dengan pendaftaran 9M-MRO hilang, kami mengumpul petugas berkelayakan daripada industri untuk menjalankan siasatan."

Menurutnya siasatan dijalankan mengikut standard ditetapkan Lampiran 13Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (Konvensyen Chicago) untuk memastikan tahap kecekapan, ketelusan dan kewibawaan.

Pesawat itu yang dalam perjalanan ke Beijing bersama-sama 239 orang (227penumpang dan 12 anak kapal) berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.42 tengah malam 8 Mac 2014.   

Tidak sampai 40 minit setelah berlepas, pengawal trafik udara terputus hubungan radar dengan pesawat berkenaan setelah ia melintasi titik laluan IGARI. 

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan