Malaysia Gubal Strategi Untuk Capai Cita-Cita ASEAN

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia telah menggubal strategi untuk memastikan semua komitmen dapat dilaksanakan ke arah mencapai cita-cita Komuniti ASEAN 2015 dan selepasnya, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia akan menerajui usaha mengemudi rantau ini ke arah mencapai kejayaan lebih besar selepas 2015.

"Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 akan merupakan acara pertama yang menghimpunkan para pemimpin ASEAN secara rasmi bagi membincangkan keutamaan ASEAN untuk tahun ini," katanya dalam wawancara melalui e-mel dengan Bernama.

Beliau berkata isu yang dibincangkan akan meliputi kemajuan yang dicapai dalam usaha menubuhkan Komuniti ASEAN, Wawasan Komuniti ASEAN Pasca 2015, hubungan luar dan arah tuju masa depan ASEAN.

Menurut beliau, para pemimpin ASEAN juga akan berpeluang bertukar-tukar pendapat tentang isu semasa serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan yang berlaku di bahagian lain dunia.

Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN daripada Myanmar mulai 1 Jan tahun ini. Sidang kemuncak itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur dan Langkawi pada 26 dan 27 April.

Sidang kemuncak kali ini turut diadakan di luar Kuala Lumpur dengan tujuan mendekatkan lagi ASEAN dengan rakyat, sejajar dengan tema tahun ini, 'Rakyat Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita', untuk mewujudkan ASEAN yang berpaksikan rakyat melalui penglibatan semua kelompok masyarakat dalam aktiviti pertubuhan serantau itu.

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, ASEAN kemudian turut dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Tags / Kata Kunci: ASEAN

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan