Caj Perkhidmatan: KPDNKK Periksa 787 Premis

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 787 hotel dan restoran bagi  menangani isu caj perkhidmatan di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata sehingga semalam sebanyak 412 aduan diterima dengan 88 premis diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Operasi itu dijalankan bermula 8 April dan berdasarkan aduan diterima, kami akan buat siasatan sama ada berlaku pengambilan keuntungan margin tidak munasabah.

"Pengusaha diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan invois dan dokumen  berkaitan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil," katanya kepada pemberita  selepas mengadakan tinjauan di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh di sini, Ahad.

Dalam perkembangan lain beliau berkata KPDNKK akan terus memberi penerangan  tentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) selain turun padang melakukan pemeriksaan secara berkala bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

Alias berkata secara kumulatif setakat semalam sebanyak 120,884 premis diperiksa dan pihaknya memantau ketat terutama kadar harga jualan bahan mentah serta basah supaya tidak berlaku kenaikan yang ketara.

"Kami dapati kalau berlaku kenaikan ia bergantung kepada pembekal sebagai  contoh buah-buahan import dari China, Mesir dan Amerika Syarikat dipengaruhi  nilai tukaran wang semasa," katanya.

Mengulas mengenai tinjauan di gerai penjaja kecil dan kedai borong di sekitar Permatang Pauh beliau berkata harga jualan barangan agak stabil dan tidak banyak berbeza berbanding sebelum pelaksanaan CBP.

"Peniaga dilihat cuba mengekalkan harga sebelum CBP...cuma beberapa barang seperti harga ayam ada perbezaan di beberapa tempat iaitu paling mahal pun berharga RM8.80 sekilogram," katanya.

Beliau berkata data terkini menunjukkan 11,169 aduan diterima menerusi  pelbagai saluran di seluruh negara dengan kenaikan harga barang merekodkan  jumlah tertinggi iaitu 2,247 kes.

Sejumlah 352 kertas siasatan dibuka dengan 18 daripadanya telah dilengkapkan dan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini, katanya.

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , GST , Caj Perkhidmatan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan