Barangan Rampasan JKDM, KPDNKK Disalurkan Kepada Golongan Memerlukan

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencadangkan agar barangan dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disalurkan kepada JKM agar boleh dimanfaatkan golongan berkeperluan.

Ketua pengarahnya Datuk Zulkiply Ramli berkata setakat ini pihaknya masih lagi dalam perundingan awal bersama JKDM dan KPDNKK untuk membincangkan perkara itu.

"Tidak semestinya beri barangan yang dirampas itu kepada JKM, mungkin agensi terbabit boleh salurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kebajikan seperti yang dibuat sebuah NGO di Perlis apabila NGO tersebut dengan kerjasama JKDM dan KPDNKK memberikannya kepada golongan miskin di negeri itu.

"Dengan berbuat sedemikian, hasil rampasan tersebut tidak akan dibazirkan dan mampu meringankan beban masyarakat yang memerlukan bantuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Home Help Peringkat Zon Timur di sini, Ahad.

Seminar anjuran Bahagian Komuniti JKM dengan kerjasama JKM Terengganu ini disertai 400 sukarelawan dari Terengganu, Kelantan dan Pahang merupakan program pertama yang diadakan di zon Pantai Timur.

Program Home Help ini bertujuan untuk memberi khidmat sokongan kepada warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU), terutama yang tinggal bersendirian dengan membantu mereka melakukan kerja yang tidak mampu diuruskan oleh mereka.

Seramai 188 orang sukarelawan berdaftar dengan JKM Negeri Terengganu yang  memberikan perkhidmatan kepada 605 warga emas dan OKU di bawah program tersebut.

Setakat ini, JKM memberi peruntukan RM23 juta untuk disalurkan kepada penerima bantuan setiap tahun.

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , JKM , JKDM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan