Tidak Timbul Soal Tarik Balik Kenyataan Hudud Terhadap Hadi Awang - Azmin Ali

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: PKR tidak bercadang menarik balik kenyataannya terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu Hudud, walaupun PAS Permatang Pauh meletakkan syarat itu untuk bekerjasama pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata beliau sudah banyak kali mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS dan mereka komited membantu jentera PKR pada pilihan raya kecil itu.

"Tidak timbul soal tarik balik (kenyataan) di sini kerana Yang Dipertua (PAS) kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, hadir sendiri untuk pelancaran jentera PKR," katanya kepada pemberita selepas program minum petang bersama-sama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini, Ahad.

Beliau ditanya mengenai sokongan PAS dan laporan bahawa parti itu tidak akan membantu kempen PKR pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh jika PKR tidak menarik balik kenyataan terhadap Abdul Hadi berhubung isu Hudud.

PAS Permatang Pauh pada sidang berita selepas mesyuarat agung tahunan kawasan itu hari ini, turut memberi kata dua kepada PKR supaya menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan Hudud jika mahu terus mendapatkan sokongan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Omar berkata PAS Permatang Pauh memutuskan untuk memberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon pada 25 April ini kepada PKR untuk berbuat demikian serta menuntut rakan sekutunya itu memohon maaf secara terbuka.

Azmin berkata beliau bersama-sama Wan Azizah akan cuba mendapatkan pengesahan mengenai keputusan PAS Permatang Pauh itu dengan mengadakan perjumpaan bersama-sama pemimpin PAS negeri.

Sementara itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor sekali lagi menafikan dakwaan lima Anggota Dewan Undangan Negeri PKR akan melompat parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini hanya propaganda untuk kempen pilihan raya kecil, dan saya yakin bahawa kesemua 43 Anggota Dewan Undangan Negeri PKR Selangor komited untuk mempertahan dasar Pakatan Rakyat," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangny Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 3 Mei dan hari pengundian pada 7 Mei.

Tags / Kata Kunci: Hudud , Azmin Ali , PRK Permatang Pauh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan