Hentikan Segera Kecenderungan Ke Arah Ekstremisme - TPM

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 2:10 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua,kanan) hadir bagi merasmikan Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Ahad. Turut hadir Bekas Perdana Menteri yang juga pengasas Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) Tun Dr Mahathir Mohamad (dua,kiri) dan isterinya Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebarang tanda kecenderungan ke arah ekstremisme dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dihentikan segera dan ditangani sebelum ia menimbulkan ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata oleh itu langkah-langkah yang kukuh mesti dilaksanakan bagi mengekang ancaman ini dan menanganinya di peringkat akar umbi.

"Malaysia telah melaksanakan usaha itu dengan memperkenalkan undang-undang yang ketat termasuk Akta Pencegahan Keganasan (POTA) yang telah diluluskan Parlimen baru-baru ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Forum Antarabangsa 'Mendampingi Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mentenagakan Keamanan' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

Turut hadir pengasas/pengerusi Yayasan Kuala Lumpur Untuk Menjenayahkan Perang (KLFCW) Tun Dr Mahathir Mohamad, pengasas/pengerusi Kelab Menjenayahkan Perang (CWC) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata tema bagi persidangan antarabangsa ini adalah paling sesuai kerana ia mempunyai mesej yang jelas dan tepat kepada generasi muda kerana mereka berperanan penting bagi membentuk masa depan.

"Pihak penganjur juga menyenaraikan anggota belia daripada golongan perintis dalam CWC untuk berkongsi pandangan dunia mereka mengenai segalanya tentang pergerakan mereka, harapan dan aspirasi mereka," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata generasi muda perlu memahami dan menghargai bahawa negara ini telah mendapat rahmat dalam pelbagai cara dengan tidak berlaku konflik bersenjata atau kehilangan begitu banyak nyawa seperti tempat-tempat lain.

"Saya mengingatkan anda mengenai perkara ini kepada golongan muda yang hadir di sini mengenai apa yang boleh diberi oleh keamanan dan suasana muhibah kepada kita semua, bukan hanya di rumah atau di belakang halaman kita sendiri tetapi di peringkat antarabangsa. Dan kerana kita telah berikan anak-anak kita pendidikan, penjagaan kesihatan dan kebajikan yang terbaik, kebanyakan rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang tinggi.

"Ramai yang mampu mendapatkan pekerjaan di peringkat antarabangsa, semuanya kerana latar belakang yang kukuh dalam pendidikan rendah dan menengah," katanya.

Muhyiddin juga menasihatkan generasi muda bahawa mereka perlu menghargai masa dan usaha Dr Siti Hasmah berhubung penglibatan beliau kepada projek-projek di bawah CWC yang diwujudkan sejak 2007.

Tags / Kata Kunci: Ekstremisme , Pota

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan