Gerakan Komited Tingkatkan Sokongan Pengundi Cina Di Permatang Pauh

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 11:00 PM

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Liang Teck Meng (kanan) dan Teng Chang Yeow (dua, kanan) bersama komponen Barisan Nasional (BN) mengangkat tangan sebagai tanda sokongan kepada calon BN yang akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Gerakan Pulau Pinang yakin mampu meningkatkan sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRH) Parlimen Permatang Pauh, sekali gus membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi tersebut.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata jentera parti itu akan berusaha meraih 30 peratus sokongan daripada 16,000 pengundi Cina untuk calon BN di kawasan itu pada PRK itu, 7 Mei ini.

Walaupun sasaran itu sukar tetapi ia tidak bermakna kita berputus asa, katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran jentera pilihan raya danbilik gerakan parti itu oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Liang Teck Meng, Ahad.

"Kita memang sedar dalam pilihan raya yang lepas sokongan masyarakat Cina terhadap BN amat rendah terutamanya di semua PDM (pusat daerah mengundi) di Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata parti itu akan bekerjasama dengan MCA dalam usaha meraih semula sokongan pengundi Cina di kawasan itu.

Teng, yang juga Pengerusi BN negeri, berkata pihaknya juga akan mengesan 1,732 anggota Gerakan yang merupakan pengundi di Permatang Pauh bagi memastikan mereka pulang mengundi pada 7 Mei ini.

Beliau berkata siri aktiviti telah dirancang termasuk program turun padang bagi memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu berbangkit kepada pengundi di kawasan itu.

Sementara itu, Liang berkata parti itu akan menggunakan pendekatan sama semasa presiden parti itu, Datuk Mah Siew Keong, selaku calon BN, mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi pada PRK Kerusi Parlimen Teluk Intan, pada Mei tahun lepas.

"Kita akan membawa semangat yang sama seperti di PRK Teluk Intan. Gerakan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada calon UMNO dan kita akan pastikan kemenangan BN kali ini," katanya.

Kerusi PRK Parlimen Permatang Pauh kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau pada 16 Mac lepas bersabit hukuman penjara yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tags / Kata Kunci: Gerakan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan