PAS Hadapi Cabaran Besar Di Rompin - Nasrudin

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 12:31 PM

Nasrudin Hassan Tantawi.

(Ubah saiz teks)

MUADZAM SHAH: PAS menghadapi cabaran besar untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin 5 Mei ini, kata anggota jawatankuasa kerja pusatnya Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau berkata bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengatasi 15,114 undi majoriti yang diperoleh calon BN pada pilihan raya umum lepas.

"Saya sedang memikirkan apa yang perlu dikatakan untuk memberi motivasi kepada jentera kita. Jumlah majoriti itu bukannya kecil, tetapi kita perlu yakin kita akan menang jika kita bekerja keras," katanya ketika melancarkan jentera parti itu untuk menghadapi PRK berkenaan di Felda Keratong 4 di sini Jumaat.

Pada majlis itu, Nasrudin, yang juga Anggota Parlimen Temerloh, menyeru jentera PAS supaya bersedia mempromosikan sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon PAS pada 20 April.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin, yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), mengekalkan kerusi yang disandang beliau selama 23 tahun itu setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.

Tags / Kata Kunci: Nasrudin Hassan Tantawi , PAS , PRK Rompin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan