Lelaki, Perempuan Perlu Diasingkan Ketika Konsert - Jakim

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 8:25 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penonton lelaki dan perempuan tidak boleh bercampur gaul ketika menghadiri konsert, demikian panduan yang digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Panduan terbaharu tersebut bertujuan bagi mengelakkan belakunya fitnah di kalangan lelaki dan perempuan yang menghadiri program hiburan.

Garis panduan tersebut diperakukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada 10-11 Februari tahun ini.

Jakim turut mengingatkan penganjur rancangan hiburan supaya tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semasa mengadakan latihan atau raptai.

Selain itu antara garis panduan tambahan lain yang diperkenalkan ialah sesebuah program hiburan itu hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur ritual, tanda atau simbol yang bertentangan dengan ajaran Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung; perbuatan yang dilarang dalam Islam atau maksiat, atau perkara-perkara yang boleh membawa kepada situasi dan keadaan itu yang membawa kepada huru-hara atau gangguan ketenteraman awam.

Sebelum ini terdapat enam garis panduan konsert berdasarkan Edisi 2007 dan melalui esidi yang terbaharu, disenaraikan tambahan sebanyak 11 panduan.

Turut disenaraikan adalah garis panduan konsert meliputi lagu, klip video, lirik dan persembahan.

Baru-baru ini acara hiburan yang melibatkan orang Islam menarik kritikan banyak pihak sejak klip video yang menunjukkan artis K-pop lelaki memeluk dan mencium peminat Melayu perempuan di atas pentas tersebar di Internet.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata kejadian itu "memalukan Malaysia dan masyarakat Islam".

Garis panduan ini boleh didapati di laman web Jakim.

Tags / Kata Kunci: Jakim , Panduan Konsert , K-pop

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan