Mukhriz Perlu Profesional Nyatakan Pendirian Pada 24 April

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir perlu bersikap profesional dan tampil menyatakan kesetiaannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April ini, sebagaimana yang dinyatakannya sebelum ini, kata seorang penganalisis politik tempatan.

Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamad daripada Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, ini kerana Mukhriz dilantik oleh Najib menjadi Menteri Besar Kedah.

"Di atas dasar profesional, Mukhriz perlu mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Perdana Menteri kerana beliau dilantik oleh Najib. Beliau perlu nyatakan kesetiaan kepada Perdana Menteri."

"Hubungan dengan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah suatu perkara peribadi yang tidak boleh dicampur-aduk dengan jawatan profesionalnya sebagai seorang Menteri Besar. Ia adalah dua perkara yang berbeza," katanya pada Sabtu.

Tindakan Mukhriz mengeluarkan kenyataan rasmi UMNO Kedah tentang sokongan kepada Perdana Menteri 24 April ini kata Ahmad Martadha, juga akan melenyapkan pelbagai persepsi dan spekulasi negatif yang timbul pada hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar menyatakan beliau akan hanya menyatakan pendirian rasmi UMNO Kedah tentang sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada 24 April selepas bermesyuarat dengan pemimpin UMNO negeri di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Khamis lepas, ketiga-tiga sayap UMNO Kedah selepas bertemu dengan Mukhriz meminta Menteri Besar membatalkan hasratnya itu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada urusan pentadbiran negeri.

Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Kedah itu juga bimbang kenyataan yang bakal dibuat oleh Mukhriz pada 24 April itu akan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mahu "menangguk di air keruh."

Dr Martadha berpendapat ketiga-tiga sayap UMNO Kedah tidak sepatutnya mencadangkan perkara itu dan sebaliknya menyetujui keputusan Menteri Besar untuk mengeluarkan kenyataan pada 24 April ini.

Kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu kelak, katanya, bakal menunjukkan kesepaduan UMNO negeri kerana ia adalah pandangan yang dicapai secara konsensus.

"Kenyataan yang bakal dikeluarkan itu akan menggambarkan kesepaduan UMNO Kedah berdasarkan pandangan konsensus daripada ketua-ketua bahagian dan pemimpin UMNO Kedah yang lain," katanya.

Beliau berkata, perpaduan UMNO Kedah tetap utuh dan kukuh walaupun sedang dilanda masalah ketika ini.

Malah, katanya, kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta Mukhriz meletak jawatan sekiranya gagal menyokong Najib juga tidak meninggalkan kesan mendalam kepada UMNO Kedah.

Pemimpin politik negeri ini, katanya, perlu mengakui peranan penting yang dimainkan oleh Mukhriz di dalam memastikan Kedah kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2013.

"Sebab itu Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar Kedah lebih awal dan ia merupakan di antara faktor yang membawa kemenangan Barisan Nasional di negeri Jelapang Padi itu pada 2013," katanya dan menambah, Mukhriz telah mentadbir Kedah dengan baik dan merancakkan pembangunan ekonomi negeri.

Ahmad Martadha menasihati pihak mempunyai masalah dengan kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap kerajaan supaya "tidak mengheret" sama Mukhriz ke kancah pertikaian politik, kerana secara profesional kedua-duanya adalah berbeza.

Tags / Kata Kunci: Umno , Mukhriz

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan