KPDNKK Terima 10,882 Aduan GST Seluruh Negara

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menerima 10,822 aduan daripada pengguna di seluruh negara sejak sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan mulai 1 April lepas.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata setakat semalam, (17 April) sejumlah 4,672 aduan dibuat menerusi portal e-aduan manakala laman Facebook dan Twitter rasmi KPDNKK merekodkan 6,150 aduan.

"Dalam tempoh dua hari iaitu 16 dan 17 April kami dapati secara purata aduan yang diterima menurun sebanyak 29 peratus berbanding waktu mula-mula pelaksanan CBP dahulu," katanya kepada pemberita selepas Operasi Antipencatutan (Ops Catut) CBP di sekitar Batu Ferringhi, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata kesedaran orang ramai dilihat semakin meningkat dengan 81,257 pengguna didapati memanfaatkan aplikasi 'My Kira GST' untuk menyemak perbandingan harga sebelum dan selepas CBP.

"Selain itu sejak pelancaran aplikasi Ez-ADU Khamis lepas, sejumlah 1,819 pengguna telah memuat turun kemudahan itu di telefon pintar mereka dan ini satu perkembangan baik," katanya.

Alias berkata 47 peratus aduan adalah mengenai kenaikan harga barang, 28 peratus melibatkan pengenaan CBP terhadap kad prabayar, 12 peratus membabitkan pengusaha tidak mempamerkan nombor pendaftaran CBP, lapan peratus mengenai caj perkhidmatan dan lain-lain kes lima peratus.

Beliau berkata susulan itu pihaknya telah menjalankan 114,467 Ops Catut di seluruh negara dengan purata 6,500 hingga 7,000 premis diperiksa setiap hari.

Katanya setakat ini KPDNKK telah mengeluarkan 614 notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang didapati menjual barang pada harga tidak munasabah.

"Bagaimanapun peniaga terbabit diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan dan menyatakan sebab kukuh mereka menaikkan harga sebelum tindakan penguatkuasaan diambil," katanya.

Beliau berkata setakat ini sejumlah 339 fail siasatan dibuka dengan 18 daripadanya telah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Alias, yang meluangkan masa hampir sejam dalam operasi melibatkan pemeriksaan beberapa hotel, restoran dan kedai itu, berkata beliau berpuas hati dengan kadar perkhidmatan yang dikenakan dan menyifatkan ia sesuai dengan demografi Batu Ferringhi sebagai pusat tumpuan pelancong.

Tags / Kata Kunci: GST

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan