LHDN Buka Kaunter E-Filing Pada Hujung Minggu - Berita Semasa | mStar

LHDN Buka Kaunter E-Filing Pada Hujung Minggu

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu kesemua cawangan kaunter e-Filing akan dibuka pada setiap hujung minggu bulan ini bagi memudahkan pembayar cukai yang tidak mempunyai kemudahan internet mengisytiharkan cukai mereka.

Bagi cawangan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor, kaunter e-Filing akan dibuka pada Sabtu, 24 April dan 25 April bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

Bagaimanapun, kaunter e-Filing cawangan Terengganu akan ditutup pada 26 April kerana hari cuti di negeri itu.

Kaunter akan dibuka pada hujung minggu ini, 25 April dan 26 April bagi negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

Kaunter bagaimanapun akan ditutup sekiranya hari tersebut jatuh pada hari cuti negeri atau cuti umum.

Bagi negeri di Sabah dan Sarawak, kaunter e-Filing akan dibuka pada Sabtu dan Ahad, 24 April dan 26 April bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang, kecuali pada hari cuti negeri atau cuti umum. 

Sementara itu, LHDN turut menyeru kesemua pembayar cukai agar menggunakan kemudahan yang disediakan dan memastikan borang cukai pendapatan dapat dikemukakan sebelum tarikh akhir iaitu pada 15 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: e-filing , LHDN
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan