Hadi: Tak Perlu Bincang, Hudud Hak Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak ada keperluan untuk parti itu membincangkan mengenai rang undang-undang persendirian mengenai hudud kerana ia adalah hak mutlak kerajaan negeri Kelantan.

Jelas beliau Kelantan mempunyai hak untuk melaksanakan undang-undang Syariah dan mereka bebas untuk berunding mengenai pelaksanaannya dengan Kerajaan Persekutuan.

"Kami telahpun menandatangani perjanjian dengan DAP dan PKR lama dahulu mengenai isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang Syariah. Ia adalah hak Kelantan.

"Apa yang berlaku adalah Kelantan bawa perkara ini dan mereka yang melakukan perbincangan mengenai kemungkinan melaksanakan undang-undang itu dengan Kerajaan Persekutuan. Ia adalah hak mereka," katanya pada Sabtu.

Hadi mengulas mengenai dakwaan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad bahawa beliau membelakangkan parti dengan membentangkan RUU persendirian mengenai hudud di Parlimen tanpa berunding dengan pemimpin parti.

Hadi berkata beliau mengikuti prosedur dan perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat PAS walaupun dibangkitkan pertama kali pada 1996.

"Jika kerajaan Pulau Pinang boleh membincangkan pembinaan jambatan kedua dengan kerajaan Persekutuan, mengapa tidak Kelantan melakukan perkara yang sama apabila ia datang kepada undang-undang Syariah?" tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , PAS , Hudud

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan