Hasan Pilihan Penduduk Teruskan Legasi JJ Di Rompin

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 3:07 PM

Hasan (kanan) bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob semasa perjumpaan dengan Kepimpinan Empat Peringkat Umno Pahang untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin pada 5 Mei 2015 di Pejabat Umno Bahagian Rompin, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Pemilihan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini dilihat menepati aspirasi penduduk Rompin yang mahukan anak tempatan mewakili mereka.

Hasan bukanlah satu nama asing untuk penduduk Parlimen Rompin kerana beliau sendiri pernah menjadi ketua UMNO bahagian itu pada 1986 dan banyak membawa pembangunan di kawasan berkenaan yang hasilnya masih dinikmati sehingga kini oleh penduduk setempat.

Antaranya termasuk Projek Sawah Padi Paya Laka seluas 4,451.4 hektar di Kampung Sepayang Kuala Rompin dan 6,070 hektar sawah padi di Paya Setajam, Kampung Setajam.

Sehubungan itu, tidak hairan jika Hasan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pahang menjadi pilihan penduduk sebaik sahaja berlaku kekosongan di Parlimen Rompin (P091) selepas kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 4 April lepas.

Dalam usianya yang mencecah hampir 62 tahun, Hasan bukan calang-calang orang dalam bidang politik di Pahang kerana beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang dari 1995 hingga 1999.

Semasa menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang, pelbagai program pembangunan dilaksanakan termasuk menjadi orang yang bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng yang sehingga kini menjadi antara nadi kegiatan ekonomi Pahang.

Beliau juga antara pemimpin yang memainkan peranan untuk memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan.

Hasan mula menyertai Umno pada tahun 1976 dan kemudian dilantik menjadi anggota jawatankuasa Umno Bahagian Pekan pada 1978.

Beliau menjadi Ketua Pemuda Umno bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin dengan memegang jawatan yang sama pada 1986.

Melihat kepada kredibiliti yang ditunjukkan, Hasan terus diberikan kepercayaan untuk menerajui Umno Bahagian Rompin pada 1990-2004 selain pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan Exco kerajaan negeri.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Latar belakang pendidikannya juga tidak kurang hebat kerana Hasan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti kursus pengurusan di Asian Institute Of Management, Manila, Filipina.

Maka tidak hairan jika Hasan menjadi pilihan masyarakat setempat serta  pucuk pimpinan Umno Bahagian Rompin.

Tags / Kata Kunci: Hasan Arifin , BN , PRK Rompin

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan