Keluar PR Sarawak: DAP Boleh Tumbang - PAS

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tindakan DAP Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat (PR) tidak akan memberi apa-apa kesan kepada PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak nanti, malah sebaliknya ia mungkin akan memberi kesan kepada DAP, kata Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid.

Beliau berkata selama ini pun semasa bekerjasama dengan DAP di Sarawak, PAS tidak memenangi mana-mana kawasan pada pilihan raya lepas, sedangkan beberapa kemenangan DAP di Sarawak turut dibantu oleh penyokong PAS.

Katanya, PAS Sarawak pula sejak sekian lama mempunyai "Dewan Perhimpunan Penyokong Bukan-Muslim" sebagai salah satu sayap parti yang menyediakan ruang buat golongan bukan Muslim menyertai perjuangannya.

"Apa yang dikhuatiri ialah dengan tindakan DAP memutuskan kerjasama, parti itu mungkin boleh tumbang di beberapa kawasan, " kata Adam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS kawasan Petrajaya, yang disempurnakan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohammad.

"DAP amat mendesak dalam soal hudud ini, kita tidak setuju dengan kehendaknya, itulah punca dia tidak bersama kita di Sarawak," kata Adam.

"Kami di Sarawak menyokong hudud yang dibawa oleh pemimpin Kelantan kerana kami tidak mahu tolak hukum Islam ini.

"Kita parti yang menerajui perjuangan Islam ini bukan berkenaan politik sahaja, bahkan kita nak pertahan hukum Allah ini untuk diperjuangkan sampai hari kiamat," tambahnya.

Bulan lepas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan DAP negeri untuk keluar daripada PR kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Beliau mendakwa PAS menyeleweng dari dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun tahun depan.

DAP memiliki 12 daripada 71 kerusi DUN, manakala PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya lalu di Sarawak. 

Tags / Kata Kunci: DAP , PAS , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan