Azmin Yakin PAS Tak Boikot Kempen PRK Permatang Pauh

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 11:07 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

KLANG: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yakin rakan sekutu parti itu, PAS tidak akan memboikot kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata perkara itu dibuktikan dengan kehadiran pimpinan tertinggi PAS dan DAP dalam satu majlis beberapa hari lalu, yang menyatakan sokongan terbuka kepada PKR bagi menjamin kemenangan gabungan ketiga-tiga parti itu.

"Dokongan rakan dalam pakatan cukup meyakinkan. Ketika melancarkan jentera (PRK Permatang Pauh) tiga malam lepas, kita melihat kehadiran pimpinan tertinggi PAS dan DAP menyatakan sokongan terbuka dan akan bekerja kuat untuk menjamin kemenangan PR," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah dan pelancaran Rumah Selangorku di Karya Residensi di sini, Sabtu.

Azmin berkata demikian ketika mengulas laporan media yang mengatakan majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK Permatang Pauh pada Selasa lepas diadakan tanpa penglibatan pemimpin tertinggi PAS Pusat.

PAS hanya diwakili Ketua Dewan Muslimatnya Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Sebaliknya, ia dihadiri kesemua pemimpin tertinggi PKR dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menepis dakwaan Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad yang berkata PKR berkemungkinan akan menghadapi protes secara senyap daripada pengundi,  termasuk PAS, jika parti itu berkeras untuk meletakkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Was Ismail atau anggota keluarganya sebagai calon pilihan raya kecil itu.

"Itu hanya suara individu," katanya yang menambah calon PKR bagi kerusi Permatang Pauh sudah dikenal pasti namun enggan mengulas lanjut.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh pada Sabtu depan dan pengundian pada 7 Mei.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , PAS , PKR

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan