Usah Beri Tekanan, Tunggu Kenyataan Mukhriz 24 April Ini

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 1:13 PM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menggesa semua pihak supaya tidak memberi tekanan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyatakan pendiriannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Dr Wee berkata beliau tidak melihat isu tersebut sebagai krisis dalam kepimpinan Mukhriz di peringkat negeri dan Umno.

"Saya yakin Mukhriz mempunyai kebijaksanaan dalam perkara ini.

"Sekiranya beliau mengatakan akan mengeluarkan kenyataan pada 24 April ini, jadi kita tunggu kenyataan beliau," katanya pada sidang media di sini selepas merasmikan seminar Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung wilayah utara di sini, Jumaat.

Dr Wee menegaskan Mukhriz merupakan pemimpin yang setia kepada parti dan akan membuat keputusan yang bijak.

Beliau berkata  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sokongan padu dari peringkat akar umbi.

Dr Wee mengulas mengenai tekanan daripada pihak tertentu terhadap Mukhriz supaya beliau menyatakan pendirian terhadap Najib selepas bapa beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kepimpinan Perdana Menteri dan menggesanya untuk meletak jawatan.


Tags / Kata Kunci: Dr Wee Ka Siong , MCA , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan