PAS Bukit Gelugor Tolak Abdul Hadi, Calonkan Bekas Naib Presiden

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 8:08 AM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: PAS kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertuanya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata melalui undian pada Khamis semua anggota sebulat suara mencalonkan Ahmad untuk jawatan itu dan mengekalkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden.

"Keputusan untuk mencadangkan Ustaz Ahmad Awang sebagai presiden adalah berpandukan beberapa faktor antaranya beliau adalah tokoh yang memulakan inisiatif gabungan kerajaan antara PAS, DAP dan PKR di Perak pada tahun 2008, walaupun ketika itu Umno mengajak untuk membentuk kerajaan. 

"Sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak BN (Barisan Nasional) adalah amat dihargai. Penghayatan beliau kepada aspirasi pakatan rakyat lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik selain berprinsip dengan rakan komponen pakatan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berharap pencalonan itu dapat melonjakkan PAS ke hadapan.

Di samping itu, mesyuarat turut sepakat memilih Mujahid, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayob untuk jawatan Naib Presiden.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , presiden , PAS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan