Tiada Pelajar Tajaan MAINS Belajar Di Yaman - Mohamad

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 7:20 PM

Mohamad Hasan ketika ditemui sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Penyerahan Basikal pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

NILAI: Tiada pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dihantar melanjutkan pengajian ke Yaman, sebaliknya mereka dihantar ke Jordan, Mesir dan Maghribi. 

"Bagaimanapun, saya tidak tahulah pula jika ada rakyat Negeri Sembilan lain yang tinggal di Yaman, begitu juga jika ada pelajar persendirian," kata Menteri Besar dan Pengerusi MAINS Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan penyerahan 50 basikal tajaan Yayasan Negeri Sembilan kepada USIM di Kompleks Sukan Tuanku Najihah pada Jumaat.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Mohamad diminta mengulas sama ada terdapat pelajar mahupun rakyat Negeri Sembilan yang tergolong dalam kumpulan rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air berikutan pergolakan di negara Timur Tengah itu.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang beransur-ansur mengurangkan penghantaran pelajar tajaan MAINS ke Mesir.

"Kami mahu kurangkan jumlah penghantaran pelajar ke negara itu (Mesir), dan boleh jadi tidak akan hantar dalam tempoh lima hingga enam tahun sebab keadaan di sana juga tidak menentu.

"Bagaimanapun, kami telah memperbanyakkan penghantaran pelajar anak Negeri Sembilan tajaan MAINS ke Magribi. Akan ada waktunya nanti, kami tidak akan hantar pelajar melanjutkan pengajian ke mana-mana, melanjutkan pengajian di USIM pun boleh. Tidak payah jauh-jauh," kata Mohamad.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Mohamad Hasan , MAINS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan