Menantu Hadi Menang Ketua PAS Subang

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 10:32 AM

Zaharuddin Muhammad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Zaharuddin Muhammad, menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi jawatan Ketua PAS Kawasan Subang.

Beliau merupakan anak muda pro ulama di dalam PAS yang akan mencetuskan gelombang baharu bagi mengembalikan hala tuju dan dasar sebenar parti itu.

Zaharuddin yang berusia dalam awal 30-an dan Ketua Pegawai Agama Perangsang Selangor menewaskan penyandang Misni Rahman, seorang jurutera yang juga dari kumpulan pro-erdogan di dalam PAS.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata kemenangan Zaharuddin merupakan sebahagian daripada trend kuat pro ulama di dalam pemilihan parti itu.

Katanya, pemimpin pro ulama yang juga berpengaruh di Selangor dengan segelintir pihak menyifatkan ia sebagai negeri pro-erdogan.

Kumpulan pro ulama juga mendominasi di Klang dimana terdapat peralihan mesra dari ulama Nazri Nayan kepada Mohd Prasad Haniff.

Lebih banyak kemenangan kumpulan pro ulama dijangka minggu ini dengan sebahagian besar daripada kawasan di Selangor akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka dan mengadakan pemilihan baharu.

Di Kapar, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman berdepan persaingan sengit menentang Timbalan Ketua Ulama Kawasan, Najhan Salleh yang menerima sejumlah besar pencalonan.

"Trend ini juga menunjukkan bahawa ahli PAS mahu kekal sebagai Presiden," kata bekas setiausaha akhbar Hadi, Roslan Shahir yang juga dari PAS Kawasan Kelana Jaya.

Semua PAS Kawasan di Selangor yang sudah mengadakan AGM mereka setakat ini mencalonkan Abdul Hadi sebagai presiden.

Roslan berkata PAS kawasan tersebut mendapat petunjuk dari Ketua PAS negeri dan ahli exco negeri, Datuk Iskandar Samad yang menyeru agar Hadi dikekalkan.

Jawatan presiden tidak dipertandingan selama beberapa dekad tetapi ada kemungkinan Hadi akan dicabar.

Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dari Perak menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tertinggi itu.

Timbalan Presiden Mohamad Sabu juga berdepan saingan sengit apabila Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga penyandang Naib Presiden turut dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Pemilihan PAS pada tahun ini adalah yang paling sengit dalam sejarah parti itu.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin, antara nama besar dalam kumpulan pro-Erdogan gagal mempertahankan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kampar selepas tewas kepada pencabarnya, Mohd Sofian Rejab.

Nizar hanya menerima 24 undi daripada 146 yang diperoleh pencabarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan