Malaysia Peruntuk AS$300,000 Untuk Projek STEM IBE

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 12:23 PM

Muhyiddin menyampaikan sumbangan bernilai AS$300,000 (RM1.1 juta) kepada Pengarah International Bureau of Education (IBM-UNESCO), Mmantsetsa Marope untuk pelaksanaan projek STEM, di pejabat IBE-UNESCO di sini, Rabu. Turut kelihatan, Ketua Pengarah Pelajaran Dr Khair Mohamad Yusof. -

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Malaysia menyumbang sebanyak AS$300,000 (kira-kira RM1.1 juta) kepada International Education Bureau (IBE) bagi inisiatif untuk memperkukuh kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi kanak-kanak perempuan di Afrika dan Asia Pasifik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan sumbangan itu kepada Pengarah IBE Mmantsetsa Marope semasa lawatannya ke pejabat biro itu di Geneva, Rabu.

IBE merupakan institut bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) khusus untuk kandungan pendidikan, kaedah dan struktur.

Semasa menyatakan penghargaan beliau, Dr Marope memuji Malaysia kerana sentiada berada di barisan hadapan dalam menggerakkan inisiatif di bawah Unesco dan agensi-agensinya.

Projek 18 bulan itu melibatkan Kenya, Nigeria, Zimbabwe, Indonesia dan Malaysia sebagai perunding kandungan.

Bantuan pembiayaan itu dilakukan di bawah Program Kerjasama Malaysia-Unesco: :Dana-Tabung Amanah Malaysia (MUCP-MFiT).

Muhyiddin berkata kelulusan itu berdasarkan kepada empat yang pertama, iaitu iaitu kelulusan pertama MUCP-MFiT melibatkan negara-negara Afrika; projek pertama MUCP-MFiT untuk IBE; projek pertama di bawah MUCP-MFiT melibatkan kurikulum menegak; dan projek pertama MUCP-MFiT tentang STEM.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, turut menyerahkan satu salinan pelan tindakan pendidikan Malaysia untuk pendidikan tinggi kepada pengharah IBE itu sebagai hadiah untuk organisasinya.

Dr Marope berkata, pelan tindakan itu tidak seharusnya setakat sebagai hadiah kepada IBE tetapi juga untuk negara-negara anggota Unesco yang lain.

"Mungkin akan ada cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam meningkatkan pendidikan Malaysia tetapi kami juga banyak yang boleh dipelajari daripada Malaysia," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: STEM , IBE , Muhyiddin Yassin , Unesco

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan