Anak Pelarian Tidak Dibenar Belajar Di Sekolah Awam - Shahidan

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 3:14 PM

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih kekal dengan pendirian tidak membenarkan anak-anak pelarian pemegang kad Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) belajar di sekolah awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata mereka hanya boleh mendapatkan pendidikan di sekolah swasta atau sekolah yang diuruskan badan-badan bukan kerajaan.


"Buat masa sekarang kerajaan masih dengan pendirian bahawa mereka berada di sini sebagai pemegang kad UNHCR. Mereka pemegang kad sahaja dan kita bukan ahli kepada UNHCR.

"Jadi kalau sekiranya mereka nak belajar di sekolah swasta, mereka boleh berbuat demikian. Ini adalah keputusan yang ada sekarang, di pihak kami (kerajaan), di pihak saya sendiri tak boleh berbuat apa-apa," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang ingin tahu mengenai sama ada kerajaan ingin membela anak masyarakat etnik Rohingya bagi memastikan mereka terbela, khususnya dalam aspek pendidikan, kebajikan dan keagamaan.

Shahidan berkata kehadiran pelarian ini menimbulkan masalah kepada rakyat tempatan khususnya dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

"Masalah orang asing di Malaysia ini, sebelum datang mereka lemah-lembut. Tetapi bila sudah kuat, ekonomi sudah hebat, mereka telah jadi manusia yang lain.

"Di tempat mereka undang-undang ketat, di sini undang-undang bagus. Jadi mereka kadang-kadang bawa masalah dari segi keselamatan dan menjadi 'samseng' luar biasa," katanya.

Shahidan berkata statistik dikeluarkan pejabat UNHCR di Kuala Lumpur sehingga 28 Februari lepas menunjukkan terdapat 151,770 pemohon suaka dan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR.

Myanmar mencatat jumlah tertinggi pemohon suaka dan pelarian iaitu 140,642, katanya menjawab soalan asal Senator Roslin Abdul Rahman yang ingin tahu jumlah pelarian berdaftar dengan UNHCR serta hak dan perlindungan mereka semasa berada di negara ini.


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan