PAS Laksana Hudud Untuk Kepentingan Politik - Dr M

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 11:02 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS hanya mahu melaksanakan undang-undang hudud semata-mata untuk kepentingan politik, sekali gus menjadikannya tidak Islamik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, beliau juga terkejut apabila Umno Kelantan menyokongnya dan berharap mereka memahami apa yang mereka lakukan.

"Hudud PAS bukan hudud Islam sebab ia sangat tidak adil, sedangkan al-Quran menuntut keadilan apabila menghukum.

"Hukum potong tangan, rejam sampai mati dan penggal leher ke atas orang Islam tetapi mengenakan hukum yang ringan kepada orang bukan Islam dalam masyarakat yang sama amatlah tidak adil.  Justeru itu hudud PAS bukan hukum hudud Islam," katanya dalam posting di blog beliau chedet.cc pada Rabu.

Dr Mahathir berkata, niat politik PAS adalah jelas apabila presidennya Datuk Seri Hadi Awang pada 2003 memberitahu bahawa parti itu akan bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional walaupun ia bermakna mengorbankan agenda hudud mereka di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, akan terdapat bantahan keras jika undang-undang hudud juga digunakan kepada orang bukan Islam.

Katanya, di negara ini, undang-undang Islam pada masa ini hanya digunakan berkenaan urusan keluarga.

"Datuk Hadi berkata saya tidak tahu prinsip-prinsip Islam dan bukan seorang yang layak untuk bercakap mengenai hudud. Saya juga boleh mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai pentadbiran dan tidak layak untuk mentadbir negara," katanya.

Beliau menambah, ramai orang yang berperang dan membunuh orang lain daripada agama yang sama fasih berbahasa Arab dan dipimpin oleh ulama.

"Adakah mereka tidak tahu pembunuhan tidak dibenarkan dalam Islam? Mereka mencipta jenayah mereka sendiri dan menjatuhkan hukuman yang bertentangan dengan keadilan sosial seperti yang dituntut oleh Islam," katanya.

Beliau berkata, terdapat juga mereka yang dibunuh kerana tidak memelihara janggut, menonton sukan atau tidak memakai hijab.

Beliau juga teringatkan satu kes di mana seorang wanita ditembak mati kerana berzina.

"Prosiding dan lelaki itu tidak ditunjukkan. Hanya wanita yang telah ditembak. Adakah ini Islamik? Adakah ia adil?" kata beliau sambil menambah Islam tersebar secara meluas sebelum ini kerana imej yang baik.

Beliau berkata, melakukan sesuatu yang akan merendahkan imej Islam di kalangan bukan Islam adalah bertentangan dengan agama.

Tags / Kata Kunci: hudud , Tun Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan