Tiada Sebab Untuk Saya Letak Jawatan - Mukhriz

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 4:54 PM

Mukhriz (kanan) meluangkan masa untuk bergambar santai (wefie) bersama sebahagian pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Kubang Pasu sempena Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Perasmian Sekolah itu, di Jitra, Khamis.

(Ubah saiz teks)

AYER HITAM: Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab untuknya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, sebagaimana desakan oleh pihak tertentu baru-baru ini.

Menurutnya, jawatan Menteri Besar yang disandangnya kini merupakan amanah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno serta rakyat.

"Saya rasa tiada sebab untuk saya melepaskan jawatan ini (Menteri Besar), kerana ini adalah amanah daripada Perdana Menteri dan amanah rakyat, jadi tidak timbul masalah yang begitu besar sehingga memerlukan saya meletakkan jawatan," katanya Khamis.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Tani di sini.

Beliau mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin baru-baru ini yang mendesak beliau untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar jika gagal menyokong Perdana Menteri.

Ahmad meminta Mukhriz menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri dengan segera sebagaimana yang dilakukan oleh Badan-Badan Perhubungan Umno Negeri yang lain dan tidak bertindak menangguhkannya.

Hari ini, terdapat blog tidak dikenali yang mendakwa Menteri Besar Kedah itu bakal meletak jawatan pada 24 April ini.

Badan Perhubungan Umno Kedah dijadualkan bermesyuarat di Kuala Lumpur pada 24 April ini untuk mencari persetujuan tentang kenyataan sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Sebelum ini Mukhriz berkata, Umno Kedah akan mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap Najib itu berdasarkan konsensus daripada kesemua pemimpin-pemimpin Umno Kedah.

Beliau juga berkata, tidak akan ada kenyataan daripada Umno Kedah sehinggalah mesyuarat 24 April itu diadakan.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan