Kagat Pergiat Siri Ceramah Kepada Warga ATM Tentang Pengertian Jihad

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 5:50 PM

Kamarudin Mamat

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) sedang mempergiat siri ceramah dan penjelasan tentang pengertian jihad yang sebenar kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani ancaman militan IS.

Pengerusi dan Ketua Pengarah Kagat Mej Jen Datuk Kamarudin Mamat berkata setakat ini Kagat telah melaksanakan 37 siri ceramah kepada Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM).

"Kami akan mengadakan Seminar Lestari ATM di Melaka membabitkan 100 orang pegawai ATM bagi menjelaskan tentang golongan militan termasuk IS.

Dalam berhadapan dengan ancaman militan IS ini, Kagat menjalin kerjasama dengan PolisDiraja Malaysia (PDRM), Bahagian Staf Perisikan Angkatan Tentera dan JabatanKemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perbarisan bersempena sambutan ulang tahun ke-30 Kagat bertema 'Kagat Pemacu Kerohanian ATM' di Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) Khamis.

Sebelum itu, ketibaan Kamarudin disambut oleh Ketua Pengarah Integriti ATM Brig Jen Datuk Mustafa Abd Manap dan beliau kemudian memeriksa perbarisan 65 pegawai dan 150 anggota lain-lain pangkat diketuai Lt Kol Dr Khairul Fauzi Azmi.

Kamarudin berkata Kagat telah mengadakan program Melatih Jurulatih (ToT) membabitkan 84 pegawai Kagat dalam dua siri untuk mereka menyampaikan maklumat ini kepada warga tentera dan juga awam.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata Kagat perlu prihatin terhadap perubahan yang berlaku terhadap  persekitaran geo-strategik serantau dan global yang terus memberi impak terhadap pertahanan dan kedaulatan negara.

Katanya negara semakin dahagakan perwira dan perajurit yang memiliki semangat selaku pejuang yang berakhlak.

"Justeru, Kagat perlu komited untuk mengisi keperluan ini dan terusmendukung dasar dan hasrat kementerian khususnya dan negara amnya seperti dasar pertahanan negara, pelan integriti nasional, melaksanakan strategi lautan biru kebangsaan menerusi kerangka dan acuan Kagat," katanya.

Pada majlis itu, Kamarudin turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 20 anggota lain-lain pangkat dan menyampaikan sijil kepujian Pengerusi Kor Kagat kepada 20 pegawai dan anggota Kagat. 

Tags / Kata Kunci: Kagat , ATM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan