Malaysia Antara Negara Catat Kadar Terendah Kemalangan Di Tempat Kerja

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia antara negara yang mencatat kadar terendah kemalangan di tempat kerja iaitu 0.3 peratus tahun lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Katanya, kadar itu juga turut mencatat penurunan pada tahun 2014 iaitu sebanyak 63,331 kes berbanding 63,557 kes pada tahun 2013.

"Daripada jumlah keseluruhan yang dicatat pada tahun 2014, seramai 933 pekerja maut dalam kemalangan di tempat kerja dan 62,398 pekerja hilang keupayaan.

"Pada tahun 2013 pula, seramai 62,624 hilang keupayaan dan jumlah maut kekal pada 933," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator S.T.Chandra Mohan yang ingin tahu bilangan kemalangan perindustrian yang dilaporkan pada tahun 2013 dan 2014.

Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman mengenai pampasan pekerja, Ismail berkata pampasan bagi pekerja tempatan diberi oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) manakala pekerja asing pula dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk pengurusan.

"Pada tahun 2014, sejumlah RM2.46 bilion telah dikeluarkan oleh Perkeso untuk membayar pampasan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja.

"Sebanyak RM7.01 juta telah dikeluarkan oleh JTK kepada pekerja asing yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan