Peniaga Diberi Tempoh Hingga 30 Sept Pasang Sistem POS Piawaian GST

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 9:48 AM

Invois yang ditulis tangan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perniagaan kecil dan sederhana perlu memasang sistem 'tempat jual' (POS) untuk mengeluarkan invois bercetak dan bersiri, mengikut piawaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjelang 30 September ini. 

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam, Datuk Subramaniam Tholasy berkata, premis hiburan seperti pub dan pusat karaoke, farmasi, kedai buku, kedai runcit, kedai peralatan dan pasar mini tidak dibenarkan mengeluarkan invoice tulisan tangan selepas tempoh itu.

Subromaniam dalam satu temuramah berkata, peniaga yang mempunyai kekerapan jualan tetapi nilai yang kecil perlu mematuhi peraturan untuk invoice bercetak.

"Kita tidak menetapkannya kepada pihak lain seperti kontraktor, baik pulih penyaman udara, sebagai contoh. Mereka boleh mengeluar resit yang biasa," katanya.

"Tetapi kami bimbang mengenai kedai-kedai runcit, kedai serbanke, farmasi, kedai peralatan dan kedai buku.

"Mereka perlu mempunyai sistem POS atau sekurang-kurangnya mesin tunai yang mengikut piawaian GST," tambahnya.

Terdahulu, dilaporkan bahawa peniaga dan perniagaan mempunyai tempoh sehingga 30 Aprol bagi mengkonfigurasikan sistem POS dan mengeluar invoice bercetak dengan nombor bersiri.

Subromaniam berkata, jabatannya menerima banyak aduan daripada para pelanggan yang mendapat invoice dengan tulisan tangan.

"Inilah sebab kita memberikan masa kepada peniaga-peniaga ini bagi memastikan mereka mematuhi dengan sistem berkenaan dan menyelesaikan masalahnya," katanya.

Selain aduan pelanggan, Subromaniam berkata, keputusan untuk melanjutkan tempoh tarikh tutup itu kerana segelintir pembekal telah menaikkan harga mesin tunai yang mengikut piawaian GST dan sistem POS dua sehingga kali ganda.

Beliau menambah, keputusan tempoh penangguhan itu juga disebabkan oleh segelintir peniaga mencetak resit dan invois lama.

"Kita perlu adil kepada peniaga, tetapi kita juga perlu menyampaikan mesej bahawa wang yang dibayar pengguna akan disalurkan kepada dana kerajaan."

Subromaniam berkata, pelanggan secara umum tidak kisah untuk membayar cukai itu selagi mereka percaya wang itu disalurkan kepada kerajaan.

"Apabila pengguna melihat peniaga mengeluarkan bil yang ditulis tangan, mereka tidak yakin yang cukai itu akan dibayar kepada kerajaan dan percaya ia boleh disalah guna," katanya.

Subromaniam menambah, adalah "hampir mustahil" bagi peniaga untuk mengisi cukai invois secara manual kerana banyak perkara yang perlu dibuat.

Beliau berkata, peniaga tidak sepatutnya menimbulkan kekecohan mengenai melaburkan sistem baharu kerana ia hanya melibatkan kos "antara RM3,000 sehingga RM5,000 dan mereka boleh membuat tuntutan seperti pengurangan cukai pendapatan".

Ditanya apakah yang berlaku sekiranya peniaga gagal mengeluarkan invois bercetak, beliau berkata, jabatan sedang melihat perkara itu dari segi aspek peraturan GST.

"Buat masa sekarang, kita memberikan mereka masa untuk membuat pertukaran," katanya.

Subromaniam berkata, jabatan itu akan menghantar notis dan emel kepada peniaga berhubung tempoh lanjutan itu.

Tags / Kata Kunci: GST , Subromaniam Tholasy

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan