Selepas Terowong Dasar Laut, P Pinang Umum Bina Kereta Kabel

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Selepas mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang sehingga kini belum dilaksanakan, kerajaan DAP Pulau Pinang pada Rabu mencadangkan pula pembinaan 'Penang Sky Cab' (kereta kabel) bagi menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek kerjasama antara kerajaan negeri dan Penang Sentral itu masih di peringkat penerokaan dan dijangka siap pada 2018, jika tidak berlaku sebarang masalah teknikal.

Beliau berkata objektif utama pembinaan 'Penang Sky Cab' itu ialah untuk mewujudkan kepelbagaian pengangkutan awam di negeri ini.

"Kita sudah ada bermacam-macam pengangkutan awam di negeri ini termasuk feri, kereta api, bas dan teksi yang menghubungkan tanah besar ke kawasan pulau serta kawasan lain.

"Pembinaan ini satu lagi projek yang menunjukkan perkembangan pembangunan di sini, selain memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam," katanya pada sidang media di sini.

Lim berkata Gat Lebuh Nordin di sini, dan Penang Sentral di Butterworth akan menjadi terminal perhentian yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai.

Beliau berkata pemilihan Penang Sentral sebagai terminal perhentian itu adalah untuk memudahkan pengguna mendapatkan pengangkutan awam lain, kerana ia merupakan hab pengangkutan awam menempatkan pelbagai kemudahan awam.

Sementara itu, jurucakap Penang Sentral Shireen Mohd Iqbal berkata fasa pertama pembinaan kereta kabel itu melibatkan 40 kabin bagi menampung 1,000 pengguna dalam tempoh sejam.

Beliau berkata sebuah kabin mampu menampung 10 penumpang dan perjalanan mengambil masa 15 minit.

"Penang Sky Cab akan memberi kemudahan kepada penduduk di Pulau Pinang kerana ia mudah dan cepat. Pembinaan Sky Cab ini juga dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di negeri ini, dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan seiring dengan slogan 'Cleaner Greener Penang'," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sky Cab , Kereta Kabel

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan