Ramai Penduduk Kampung Sertai Operasi Cari Dennis Lee

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 11:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih ramai penduduk tempatan dan pengembara menyertai operasi mencari pengembara warga Malaysia yang hilang semasa melakukan pengembaraan di Nepal, meskipun masih dalam suasana sambutan Tahun Baharu rakyat Nepal.

Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu Fadli Adilah berkata berita mengenai kehilangan Dennis Lee Thian Poh, 47, dan ganjaran penemuanya tidak putus-putus disebarkan melalui akhbar tempatan, radio dan stesen televisyen sekali gus menyebabkan peningkatan kumpulan pencari.

"Ganjaran ini bertujuan menjadi satu insentif dan diharapkan lebih ramai penduduk (tempatan) menyertai pasukan mencari.

"Penduduk tempatan lebih mengetahui kawasan mereka, rupa bumi, cuaca dan keganjilan lain," kata dalam kenyataan, di sini, Rabu.

Baru-baru ini, keluarga Lee mengumumkan ganjaran sebanyak US$2,000 (RM7,413) kepada mana-mana individu atau kumpulan yang boleh membantu dalam usaha menjejaki mangsa.

Fadli berkata kedutaan juga secara berterusan bertemu dan merayu kepada pihak berkuasa Nepal termasuk Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Polis Nepal dan Kementerian Pelancongan Nepal untuk merek terus menghulurkan bantuan.

Beliau berkata, kini pencarian Lee memasuki hari ke-11 melibatkan 60 orang dan beberapa ekor anjing pengesan dan akan tetap diteruskan meskipun berdepan cuaca buruk, sejak Isnin.

"Semalam adalah Tahun Baharu 2072 rakyat Nepal, kita berdoa ia akan membawa harapan baharu dan hasil yang baik tidak lama lagi atas usaha berterusan kami mencari Encik Dennis Lee," katanya.

Lee, menyertai lapan rakannya dari Filipina mengikuti pengembaraan di sirkit Annapurna di Nepal pada 5 April lepas.

Kumpulan berkenaan hanya menyedari kehilangannya ketika berada di trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada Ahad, hari pertama pendakian mereka.

Tags / Kata Kunci: Dennis Lee , Nepal

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan