496 Warga Malaysia Dipindahkan Dari Yaman - Berita Semasa | mStar

496 Warga Malaysia Dipindahkan Dari Yaman

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 12:08 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 496 pelajar Malaysia telah dipindahkan dari Sana'a, Hodaidah, Aden dan Hadramawt di Yaman.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini berkata mereka terdiri daripada 153 pelajar dari Sana'a dan Hodaidah; Aden (67 pelajar); dan Hadramawt (276 pelajar).

Menurut kenyataan itu, rakyat dari negara ASEAN yang lain juga termasuk dalam operasi pemindahan ini yang dijalankan oleh kementerian dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi berkaitan.

Mereka termasuk 85 warga Indonesia; Kemboja (sembilan); Singapura (lapan); Thailand (tiga) dan Vietnam (dua).

"Dalam beberapa hari akan datang, operasi pemindahan tambahan akan dijalankan," kata kenyataan itu.

Hari ini, sejumlah 67 warga Malaysia dipindahkan melalui jalan laut dari Aden ke pelabuhan Djibouti, dari sana mereka diterbangkan ke Jeddah dengan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mereka dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan komersial. Turut sama dalam kumpulan ini ialah tiga warga Thai dan 85 warga Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Yaman
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan